Assalamualaikum, Salam Asar semua :)
sebelum aku teruskan, just mau share sikit apa yg jadi hari ni. hihi. jam 2:30pm td aku ada paper final Apresiasi Seni. Habis jaa paper tadi, Pijuutt bawa p Alamesra, dia cakap ada laksa sedap, mo try laa. Aku p ngan pijutt naik motornya. pakai baju kurung okayy nasib skirt panjang. kaki boleh cover hahaha XD tu laa laksa pertama yang aku makan. sedap juga laa tp rasa awkward sebab x perna rasa sebelum ni. tp habis juga aku makan, so thats a good sign laa hahaha. penat ni actually, esok pagi ada paper kokum n petang paper Jepun , tp belum ada mood mau study. u know me, kalau aku mau study aku study laa, kalau x well excuse me. XD sekarang ni jam 5:53pm, sementara tunggu Maghrib, so rasa mo update blog pula. actually, lama sudah mau tulis pasal ni, tapi x berkesempatan dek waktu yg sangat padat, hmm 'padat' laa sangat hahaha..
okayy laa, cukup laa Mukaddimah yg x masuk tajuk tu haha. Actually, yg aku mau tulis ni bukan pasal aku.. tapi pasal sahabat-2 ku :)
aku ada ramai kawan. aku sayang kawan2 aku. ada kawan yang kenal dari kecil, sampai sekarang aku masuk u. x pernah pisah. ada juga kawan yg aku kenal d u, and suddenly rapat macam kawan dari kecil. ada juga kawan yang aku kenal dari kecil, tp makin lama, diorang makin jauh, hilang.
begitu lah manusia, penuh ragam, pelbagai kisah dan cerita. aku bersyukur, d temukan dengan pelbagai jenis orang. ada kawan yang semasa di zaman sekolah menengah, x pernah bertegur pun, and x pernah sangka pun boleh jadi kawan, sekarang jadi kawan yang sangat rapat sampai dia letak kepercayaan besar dgn aku, dia ceritakan rahsia terbesar dalam hidup nya, yg tiada satu pun orang tahu. Ajaib nya takdir Allah, indah bukan? :)
sekarang ni, usia hampir 20 tahun sudah. Masya-Allah, cepatnya masa berlalu. x sedar waktu berputar di sekeliling aku. banding beza dulu dengan sekarang, banyak perubahan yg aku perhatikan. pada kawan-2 aku. aku kenal pelbagai jenis kawan. sebab? sebab diorang suka berkongsi masalah dengan aku. aku pun x tahu kenapa, diorang rasa selesa ja kongsi rahsia diorang dengan aku, padahal aku jarang cerita masalah atau rahsia aku dgn orang lain, walaupun kawan rapat sendiri. aku lebih suka menjadi pendengar. mungkin diorang percaya dengan aku. syukurlah :)
ramai kawan-2 aku yang berubah. ada yang dari baik ke buruk, ada juga dari buruk ke baik. walau apapun perubahan yg diorang tunjukkan, aku tahu, semua tu ada sebab musabab tersendiri. yg aku mampu cuma bagi nasihat dan sokongan, dan doa dalam diam. yang aku akan cerita ni semua pasal kawan aku yg lelaki. sebab aku x da pengalaman lagi ada kawan perempuan yg sedikit bermasaalah.
dulu aku ada seorang kawan, senior, yang juga aku anggap abang. dia anggap aku macam adik sendiri. dia hantar aku p tuition, dia jaga aku time camping. dan banyak lagi lah. tapi, aku x sedar, rupanya dalam diam, perangainya teruk. tapi aku percaya dia, aku sayang dia. sebab walaupun mungkin dia jahat, tp dia terlalu baik dengan aku. dia jaga aku. langsung x pernah sentuh aku.. Alhamdulillah, Allah masih jaga aku :) makin lama, orang sekeliling nilai dia teruk, dan aku, terlalu senang percaya dan terikut-2. dan sebab itu, kami makin jauh.. betul lah, dia teruk like hell, hahaha tapi bila aku fikir-2 balik, aku x patut tinggalkan dia dalam dosa macam tu ja. tapi apa aku buat? aku maki-2 dia d fb, dgn tiba2 aku keluarkan kata-2 kesat, yg bukannya diri ku yg aku kenal. jadi, apa lah beza aku dgn dia kan?
sebagai 'adik', dan org yang rapat dengan dia, aku patut bagi sokongan untuk dia berubah. tp aku gagal. dan aku menyesal. beberapa bulan lepas tu, seolah ada satu keajaiban. dia berubah dgn sangat drastik. SubahanAllah, tengoklah betapa besar kuasa Allah kan :') kalau Allah mahu, bila-2 masa ja Allah bagi petunjuk. dia mula aktif dengan persatuan-2 Islam, bukan setakat di sekolah, malah diluar. pemakaian nya makin sejuk mata memandang. dengan jubah dan kopiah putihnya. Allahu. walaupun aku cuma dapat nampak perkembangannya melalui fb, tp aku happy, syukurlah dia sudah berubah. aku sempat pm dia hari tu, minta maaf atas semua kekhilafan ku dulu. dia pun sudah redha. dia minta maaf dan maafkan aku. setelah lama x contact, tiba2 satu hari aku dapat text, bila aku nampak, macam kenal ja number hp tu. rupanya betul lah dia. dia bagitahu, dia suruh aku hati-2, banyakkan zikir dan istighfar, dekatkan diri dengan Allah, sebab berapa hari sebelum tu dia ada termimpi buruk pasal aku. betullah, beberapa hari sebelum tu aku histeria di hostel. Allah bagi mesej dgn dia melalui mimpi. subahanAllah. insan yg sudah lama hilang tiba-2 muncul. dalam ramai-2 orang yg aku kenal, kenapa dia? sebak dan tersentuh, bersyukur, mungkin ikatan persahabatan tu masih kuat, walaupun jasad tersangat jauh. :)
aku ada lagi seorang kawan, kisahnya hampir sama. tapi yang beza, dulu kami x pernah pun bertegur depan-2. hihi. kami naik bas sekolah yang sama. first impression ku sama dia, dia ni cute pendiam dan pemalu. aku rasa rendah diri, dalam hati aku, dia x pandang pun aku. siapalah aku ni, just an ordinary awkward faced girl hahahaha mungkin xkan pernah boleh jadi kawan aku. dulu kami pernah juga contact-2, dia tinggal sendiri, d rumah family. family dia jauh. so bila dia rasa x da kawan, dia ada juga contact and aku bawa dia cerita-2. macam tu ja. tp bila jumpa depan muka satu perkataan pun x boleh cakap. hahaha XD
and then, lama lepas tu, dia x naik bas sekolah sudah. dia bawa motor. sebab x tahan bangun awal pagi. apa nda nya, jam 5:10am ada sudah bas sekolah jemput depan rumah. bayangkan lah tiap hari terpaksa bangun jam brapa hahaha. and then form5, aku pun x naik bas sekolah sudah. mamy yang hantar dan jemput. kadang-2 bapa yg ambil kalau x busy. tu pun sebab alasan yang sama. x tahan bangun awal pagi. hahahahaha. sejak kami x satu bas sekolah, jarang sudah contact, jumpa di sekolah just senyum-2 ja hihihi.
masuk degree ni, kami ada contact balik. cerita punya cerita, rupanya dia pun d KK jugak. uitm. dekat jaa dengan ums hihi. kami pernah terserempak sekali d One Borneo, tp pertemuan yg sangat singkat. aku sempat senyum dan terkejut hahahaha and then jalan XD lepas tu, kami selalu contact. awal-2 wechat and then whatsapp. hahaha. dia makin selesa dengan aku, dia meluah. cerita pasal kisah-2 hidupnya. pernah sekali tu, tengah malam dia call. awal-2 tu dia sempat troll aku lagi aku pun takut sebab suara dia macam pakcik2 tua hahahaha and then x sedar sampai subuh kami on call. banyak yg dia cerita. pasal benda-2 yang dia pernah buat. dan aku dengar semua cerita nya. walaupun mungkin benda tu x bagus, memang x bagus. tp aku x judge dia. aku tau dia ada sebab. yang penting dia sudah menyesal. dan sekarang dia tengah berusaha untuk berubah. aku happy, dan tugas ku untuk bagi sokongan n nasihat dengan dia, sebagai seorang sahabat :)
ada lagi kawan aku satu orang ni. yang ni pula dulu x pernah pun bertegur. maklumlah, di sekolah dia ni kategori-2 budak hot gitchuu. hahaha. dan aku ni, aku x perhati sangat orang lain. yang aku kenal dan rapat cuma dengan orang-2 yg aku biasa ja. bila jumpa dengan orang kelas lain, aku terus tunduk dan malu lah. apalagi lelaki. aku ni actually x da keyakinan diri, sebab aku x cantik. tu lah malu jumpa orang, sampai sekarang. kalau boleh jalan mau ja aku tutup muka tp nanti masuk longkang malu jugak kan hahahaha.
dia ni extreme sikit. hahaha. walaupun dulu kami x pernah rapat. tiba-2 contact lepas habis sekolah menengah. dia sangat open dengan aku. dia cerita rahsia terbesar dalam hidup nya. yg even family nya sendiri pun x tahu. ya Allah, happy nya aku rasa bila orang percaya dengan aku. dia pun sama, dia bagitahu aku, dia menyesal. terlalu banyak yg dia buat. tapi mau buat apa, semua pun sudah jadi. aku bagi nasihat dengan dia. banyak. dan dia terima dgn hati yg terbuka. hihi. dia ada cakap, " sejuk ja hati dengar kata-2 mu ni Amy.. " haha happy sangat dengar dia cakap macam tu. maksudnya, aku sudah jadi kawan yg baik. semoga dia ingat semua nasihat-2 yg aku bagi dengan dia tu :')
dan ni pula lain sikit. ni kawan aku time form3. kami classmate. budak ni pendiam. sumpah pendiam gila mampus hahaha. x laa, actually dia mengalami depression, selepas break up dengan kawan baik aku. mungkin dia terlalu sayang dgn kawan baik aku tu, tp ended up macam tu. hmm tu la hebatnya cinta. sebelum tu dia sangat murah dengan senyuman. selalu nampak happy, mungkin bahagia hehehe. and then masuk form3 dia jadi pendiam gila berabis. aku langsung x pernah nampak senyuman dia lagi. x pernah dengar suara dia. dia selalu jalan kemana-2 sendiri. suka menyendiri.
sampai satu hari tu, tiba2 dia mengamuk dalam kelas. dia buang meja nya sampai jatuh. kami semua tkejut. ramai laa kawan-2 lelaki yg geram. dia p meja nya, and marah2 dia. aku x sanggup nampak. dia genggam tangan dia kuat2. muka dia seolah penuh dengan kebencian. nampak jelas urat-2 dekat dahi.lepas tu, budak-2 kelas aku macam pulaukan dia. bila cikgu x ada, macam biasa lah kelas mula bising, semua merayau-2 p meja kawan. ada yg gossip, ada yg main sepak-2 d belakang, ada yg belajar. semua ragam ada. bila aku nampak dia dari meja aku, aku rasa kesian. dia selalu nampak tingkap, dia sendiri. xda orang becakap dgn dia. dia pun x bercakap dengan sapa-2...
and then, hari tu aku text dia. aku tanya kabar dia. hampir tiap hari. aku cuba bawa dia bekawan. cuba lawak-2 bodoh, yg mungkin x jadi. hahahaha. awal-2 tu, dingin juga laa dia layan aku. kadang-2 x balas pun text aku. and then, makin lama, dia mula berubah. dia mula cerita masalah dia dengan aku. mungkin dia nampak keikhlasan aku. syukurlah :') dia cerita masalah dia di rumah. keluarganya bermasalah. bukan masalah apa. kurang perhatian. mama bapa nya busy dengan kerja. kakaknya busy dgn study. parents dia jarang di rumah. jujur, aku kesian dengan dia. dia x ada kawan yg boleh dengar masalah dia. dia cuma ada gf dia, yg merupakan kawan baik aku sendiri. dan sekarang dia hilang gf nya, sebab tu dia makin tertekan, dan depress. hmmm dia mula open dengan aku, dia cerita masalah dia dengan aku. aku pun x henti-2 bagi dia sokongan n nasihat. lagipun PMR makin dekat, aku x mahu gara-2 semua tu resultnya teruk. aku mahu dia berjaya. sebagai seorang kawan :) makin lama, dia makin okayy.. dia mula bercakap dengan yg lain. pernah sekali tu, aku nampak dari meja aku, aku nampak dia ketawa dengan kawan sebelah dia, dan depan dia. sumpah aku happy. aku tersenyum sendiri. bersyukur sebab dapat bantu. mungkin bukan sepenuhnya sebab aku, tp at least aku sudah cuba bantu seorang sahabat aku. alhamdulillah :') and then, hari tu dapat result PMR, aku dapat tahu dia dapat straight A's. walaupun aku x dapat straight A's, tapi berita tu buat aku happy. aku bersyukur sangat-2. and then lepas tu dia makin okay. masuk form4 dia pindah MRSM, dan lama lepas tu, kami jarang contact sudah sampai sekarang. aku x kisah. yang aku harap, dimana pun dia ada sekarang, semoga dia jadi seorang yg berjaya dan berguna :)
lihatlah betapa banyaknya ragam manusia yg kita akan jumpa dalam hidup kita. kadang-2 aku sedih juga, jarang ada orang yg sanggup dengar masalah aku. dan aku memang jenis yang susah kongsi masalah. sebab tu aku lebih banyak simpan sendiri. walaupun kawan-2 aku ada banyak kisah silam yang x berapa baik. tapi aku x pernah judge diorang. baik buruknya diorang, diorang tetap sahabat aku. dan aku tetap sayang diorang. aku pun x lah baik sangat. manusia, manada yang sempurna :)
siapapun diri kita, apapun yang pernah kita buat dalam hidup kita, baik buruknya kita, kita dan Allah saja yang tahu. kita tiada kuasa untuk putar masa semula, kembali betulkan diri kita yang dulu. tapi kita masih ada waktu, untuk perbetulkan diri jadi lebih baik. kalau bukan hari ni, mungkin esok. waktu tu sentiasa ada untuk kita, semua bergantung dgn keinginan dan kesungguhan diri sendiri :)
kepada siapapun yang baca post aku ni, mungkin cerita aku x lah terlalu menarik. dan mungkin agak bosan hahaha tp aku harap kamu dapat sesuatu dari pengalaman aku. aku bukan cakap aku ni baik sangat, tp aku rasa bangga dengan diri aku, sebab berjaya bantu sahabat-2 aku yang pernah membakar diri dengan api yang mereka wujudkan sendiri. kita manusia, mereka pun manusia. siapa kita untuk menghukum kekhilafan mereka. mereka mungkin terleka, atau terlupa. yang lalu biarlah berlalu,
" tidak salah buat salah, yang salah bila kita sedar kita buat salah, tapi masih terus buat salah tanpa ada perasaan bersalah." - Amy Irmayanti :)
kita x kan pernah tahu, mungkin cuma sebaris ayat spontan berbaur nasihat, mampu menyentuh hati mereka dan memberi semangat untuk mereka berubah. buat mereka sedar, masih ada sebab untuk mereka teruskan hidup di hadapan, masih ada waktu untuk mereka perbetulkan kesilapan, dan yang paling penting, buat mereka sedar bahawa masih ada insan yang masih peduli dan sanggup genggam tangan mereka dan bawa mereka melangkah bersama menuju jambatan masuk ke syurga :')
that's all i wanna share. goodbye everyone. will update more when i have time. and btw, let your finger cross for me. pray for my Final Exam. hahaha bye~
Fi Hifzillah,
Assalamualaikum :)
k i s a h s i l a m
Goodbye, Forever.
Minna san konban wa. Hajimemashite. Hai. Hello :)
punya lama nda update blogger ku ni ya Allah. bida ehh macam apa jaa aku tengok HAHAHA XD elleh mintapuji pula kan. lupa diri hahaha.
hmmm xtau la, tadi, tiba-2 terdetik hati ni mau tulis lagi. setelah sekian lama. yep, tersangat lama. mungkin, aku terlalu leka mendalami cinta manusia, sampai terlupa semuanya. ehhhh? :p
okayyy sudah. back to the topic. hmmmmm :(
beberapa malam yg lalu, sempat juga aku buka blog ku ni. baca balik semua entry dulu. senyum-2 sendiri ja teringat semua kisah-2 lalu tu. cinta-2 monyet. hahahaha XD
bila aku banding diri ku yg dulu, dengan sekarang ni, x tau laa. macam x sama. maybe laa aku masih sama. tapi ntah. susah mau jelaskan. it's a complex feeling. hmmm
waktu kenal dia dulu, aku x pernah terfikir pun apa agak-2 yg akan jadi d depan nanti. sumpah. bagi aku, dia lebih dari cukup. lebih sempurna, walaupun semua orang tahu, tiada manusia yg sempurna :) bahkan kadang-2 aku terfikir, aku x layak pun untuk dia sebenarnya. dia ada semuanya, banding dengan aku. siapalah aku ni :)
kalau aku fikir balik, dia boleh ja pilih mana2 perempuan yang dia mau. kalau perempuan tu mata duit, memang bejuta yang sangkut. kalau perempuan tu mata tayar, memang x payah risau. cukup besar kereta yg dia ada tu. hahaha. syukurlah, aku bukan perempuan sebegitu :) tapi x tau kenapa, dia pilih aku. apa istimewanya aku?
apapun sebabnya, cuma dia yg tau. dan aku harap, ia sesuatu yg baik :)
sebelum kenal dia, aku x terfikir pun akan ada orang yang akan sayang aku macam ni. maksud aku, macam dulu, waktu aku masih dengan dia. dia x pernah tinggalkan aku waktu aku sakit. ( sakit yg sangat teruk ) bukan sekali, tapi 3 kali. dia sanggup bawa aku p Kiansom Waterfall tu sebab tempat tu laa tempat yg tersangat aku mau p sejak semester 1 asasi dulu, walaupun tempat tu saaaaaaangat jauh. dia sanggup ambil aku d hostel n bawa study sebab stress d bilik. dia sanggup dtg ambil aku d fakulti bawa p klinik sebab aku sakit, gastrik. tahap teruk. hee. dia hantar dan ambil d airport. terlalu banyak yg dia buat untuk aku. kadang-2 aku x bagitau aku jalan, sebab x mau menyusahkan dia. aku sebenarnya lebih suka naik bas atau jalan kaki, kalau boleh x mau susahkan dia, walaupun dia x pernah rasa terbeban . aku cuma mau dia sedar, walaupun aku manja, tapi aku boleh berdikari, dan x terlalu bergantung dengan dia. aku mau dia sedar, aku bukan macam perempuan lain. yang suka ambil kesempatan dengan kemewahan dan kebaikan orang lain, :)
siapalah aku ni. kalau difikir, xkan ada pun orang yang sudi pandang aku. aku tiada apa2. aku x pandai. aku x cantik. hmmmm :( tapi, lepas semua ni jadi. adakah semua ni salah aku? aku kah yg x bersyukur? dan x pandai menghargai?
this is 'some' of our memories, i still keep it, i dont know should i delete it or not hahaha
![]() |
| at kfc :p |
![]() |
| u know how much i love wwe. and then that night, u got home and u watch wwe ( even u dont like it ) and u capture this and send it to me :p |
![]() |
| my laptop desktop one ago hihihi |
![]() |
| my dream that has came true :') watching the sunset with the one i love. 04.02,14 :) |
![]() |
| i candid this picture of him :) |
![]() |
| Kiansom Waterfall. look the middle most bottom picture. the tshirt u bought for me bcos i love Randy Orton from wwe so much hahaha X'D |
![]() |
| Gala Night : Fairy Tale Fantasy theme |
![]() |
| the keychain i bought for us , and also my last gift :') |
![]() |
| at Novotel Hotel before Annual Dinner. actually he's the ajk but i just come to help some hihi :) |
![]() |
| Annual Dinner ; The Final Chapter . Friday 16 . |
![]() |
| my wishlist. and now i realize it is never going to come true :') |
![]() |
| the day before you send me to airport hihi :) |
![]() |
| and now, i'm left with only one unanswered question....... :') |
7bulan 26hari. ya Allah, terlalu banyak waktu yang aku habiskan untuk sesuatu yg x pasti. patutkah aku menyesal? x. aku lebih pilih untuk redha. semua ni jalan yg aku pilih. aku yang pilih untuk terima dia sebagai sebahagian dari kisah hidupku. jujur aku kata, sepanjang aku kenal dia, dia x pernah lukakan hati aku. setakat cemburu2 tu alah biasalah, hahaha :p hey you, once when you're still mine, u never hurt me, u never did what boyfriend shouldnt do, u never touch me, u respect me. u're just being too good. but why? just why, u choose to hurt me in the end? have u forgot all your wish and promises? " i will make them impress, wait for me alright? " what is all that for? is it just words? :')
but heyy, nevermind, i know u never lied to me. i know all of that comes from your deep heart, but yeah, maybe my attitudes doesn't please you and you ended up giving up on me. well, i know i'm too difficult to be understood, to hard to handle, i know right? :'D
i just wanna write all of this, well just maybe one day, you feel so down and hopeless, and by that time im no longer breathing and living on this land, till then at least you know, ever since i know you, you never stop make me smile, even when i hated you. and i wish you know, someone used to love you this hard, trust you so deep, so you should live happily, and find someone to spend with the rest of your life, the one that never gonna cause any tears streaming down your face, the one that is better, than a girl named Amy :)
thankyou and sorry for everything, fi hifzillah.. :)
Goodbye Forever, Muhammad Luqman aka Maman gundud :p
Subscribe to:
Comments (Atom)


















